Tutorial Atas Talian Computational Thinking

11 Mei 2020 – SKC Anglo Chinese telah mengadakan tutorial secara atas talian dengan murid yang terpilih untuk mewakili sekolah dalam Beaver Competition. Pensyarah IPGK Kent dan juga Penasihat PLC Sekolah En. Benny Kong Tze Loong telah memberi tutorial secara atas talian dengan aplikasi Google Meet selama 1 jam bersama dengan 5 orang murid yang terpilih. Ribuan terima kasih kepada En. Benny Kong yang sanggup meluangkan masa untuk memberi tutorial kepada murid Anglo Chinese. Tutorial seperti ini telah bermula pada 4 Mei 2020. Berharap tutorial seperti ini dapat terus dijalankan sepanjang tempoh PKP.

GALERI