Taklimat Dalam Talian Ibu Bapa dan Murid Tahun 1

26 Jan – SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu telah mengadakan taklimat dalam talian bersama ibu bapa dan murid tahun 1 pada hari ini. Pihak sekolah telah menggunakan aplikasi Google Meet untuk berjumpa dengan ibu bapa dan murid tahun 1 secara dalam talian untuk menyampaikan infomasi. 

Taklimat tersebut telah dibahagikan kepada 3 sesi kerana aplikasi Google Meet terhad kepada 100 orang pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, sebanyak 253 orang telah mengikuti taklimat tersebut. Ini termasuk Guru Besar Puan Mok Sun Fu, Penolong-penolong kanan, guru-guru tahun 1, ibu bapa serta murid-murid tahun 1.

Walaupun berada dalam tempoh PKP tetapi sekolah telah mengambil initiatif untuk bersemuka serta memberi taklimat kepada ibu bapa dan murid tahun 1. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan murid yang sudi mengorbankan masa untuk mengikuti taklimat tersebut. 

GALERI

Leave a Reply