- PAKAIAN SERAGAM
- Murid harus memakai pakaian seragam sekolah, kasut putih dan stokin putih yang kemas ke sekolah.
- Pakaian seragam sekolah perlu mempunyai lencana sekolah dan tanda nama. Lencana murid perempuan dilekatkan di sebelah atas kiri pinafore manakala lencana murid lelaki dilekatkan di atas poket baju.
- Baju putih lelaki mesti dimasukkan ke dalam seluar. Perempuan mesti memakai tali pinggang pinafore. Murid lelaki hanya dibenarkan memakai tali pinggang berwarna hitam atau coklat.
- RAMBUT
- Murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Rambut murid perempuan tidak dibenarkan melepasi bahu kecuali mempunyai sebab yang munasabah.
- Murid-murid harus berambut bersih dan kemas ke sekolah.
- Murid perempuan yang berambut panjang harus mengikat dan mengelip rambut dengan kemas. Kelip dan getah rambut yang berwarna hitam atau biru tua sahaja boleh digunakan.
- Tidak dibenarkan menyikat dan menggunting rambut yang berfeksyen aneh. Tidak dibenarkan mewarnakan dan mengerinting rambut.
- DISIPLIN
- Murid mesti menjaga disiplin diri semasa waktu sekolah dan waktu rehat.
- Semasa perhimpunan dijalankan, murid harus senyap, mengambil perhatian, mendengar nasihat dan tidak bermain.Semasa menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, dan lagu sekolah, murid harus berdiri tegak dan menyanyikannya dengan kuat. Murid memasuki bilik darjah dengan teratur selepas perhimpunan
- Murid tidak dibenarkan memasuki bilik pentadbiran, bilik guru, pusat sumber, bilik komputer, bilik ICT, bilik stor, dan bilik darjah lain tanpa keizinan.
- Murid tidak dibenarkan berlari-lari dan berkejar-kejaran di kawasan sekolah untuk mengelakkan kemalangan berlaku.
- Murid harus beratur dan senyap semasa pergi ke pusat sumber, bilik komputer, padang dan tempat perhimpunan.
- Semasa waktu pulang, murid harus beratur dan meninggalkan bilik darjah mengikut barisan.
- Semasa menunggu ibu bapa atau penjaga, murid harus menunggu di tempat menunggu dengan senyap dan tidak dibenarkan berlari, bermain dan menjerit.
- Murid tidak dibenarkan berebut semasa menaiki bas dan perlu menunggu kereta berhenti sepenuhnya sebelum menaiki kereta.
- Semasa membeli makanan di kantin, murid harus beratur, mengikut giliran, dan tidak
- Murid dilarang berlari, bermain dan menjerit di kantin.
- Murid dilarang makan di dalam bilik darjah. Murid hanya boleh menikmati makanan di Murid dilarang makan sambil berjalan. Peralatan makanan harus diletakkan di dalam bekas yang disediakan selepas makan.
- Murid harus sentiasa menjaga kebersihan kantin, bilik darjah dan kawasan sekolah.
- KELAKUAN
- Murid harus datang ke sekolah tepat masa ( pukul 7 pagi ). Sesiapa yang lewat datang ke sekolah melebihi 3 kali akan dikenakan tindakan.
- Murid harus memasuki bilik darjah untuk membaca tepat pukul 7 pagi setiap hari.
- Murid harus belajar dengan bersungguh-sungguh semasa waktu sekolah. Murid tidak dibenarkan bermain dan meninggalkan bilik darjah tanpa kebenaran.
- Murid harus hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Murid tidak dibenarkan bergaduh, bertumbuk atau membuli.
- Murid harus menghormati guru-guru dengan bersalaman dengan mereka. Murid juga harus patuh kepada guru, mendengar ajaran guru dan dilarang memarahi guru.
- Murid tidak dibenarkan menjual apa-apa barang di dalam sekolah, seperti makanan, alat permainan, dan lain-lain lagi. Barang-barang larangan akan dirampas. Murid juga tidak dibenarkan membeli makanan dari gerai yang terletak di luar kawasan sekolah.
- Murid dilarang berbohong, mengugut, dan mencuri barang orang lain. Hukuman akan dikenakan jika didapati melanggar peraturan.
- Murid harus melengkapkan kerja rumah yang diarahkan oleh guru dan menghantarkannya dalam masa yang ditetapkan. Murid dilarang meniru atau menyalin hasil kerja orang lain.
- Murid dilarang menconteng atau mengoyak buku teks, buku kerja dan buku latihan.
- Murid tidak dibenarkan bergaduh atau berlawan di kawasan atau di luar sekolah.
- Murid dilarang memasuki pusat hiburan siber.
- Murid harus pulang ke rumah selepas sekolah dan tidak dibenarkan pergi ke rumah kawan. Hukuman gantung sekolah akan dikenakan jika didapati melanggar peraturan.
- Murid dilarang bercakap kasar dan menunjukkan perbuatan yang tidak bersesuaian.
- Murid dilarang membawa kartun, majalah, cakera padat, majalah lucah, alat permainan, dan telefon bimbit ke sekolah. Barang larangan akan dirampas dan hanya akan dikembalikan pada hujung semester.
- Murid dilarang membawa barang-barang yang berbahaya ke sekolah, seperti pisau, gunting yang tajam, mancis, lighter, mercun, bunga api dan lain-lain lagi. Hukuman berat akan dikenakan jika didapati melanggar peraturan.
- Murid dilarang merosakkan harta benda sekolah seperti meja, kerusi, pintu, tingkap, papan tulis, penyapu, buku pusat sumber, papan kenyataan, dan lain-lain lagi.
- Murid dilarang menyertai aktiviti luar atas nama sekolah tanpa kebenaran.
- Murid dilarang memakai jam tangan yang berbentuk mesin kira atau berbentuk aneh. Murid dilarang memakai anting-anting ke sekolah tanpa alasan yang munasabah.
- Murid dilarang merokok, meminum arak dan berjudi di dalam atau di luar sekolah. Hukuman berat akan dikenakan jika didapati melanggar peraturan.
- DENDA DAN ANUGERAH
- Pihak sekolah akan memberikan hukuman atau anugerah kepada murid mengikut keadaan untuk mengekalkan nama baik sekolah.
- Hukuman dan anugerah akan diberikan mengikut keberatan atas kesalahan atau perbuatan baik yang dilakukan.
- Anugerah : memberi hadiah, anugerah.
- Hukuman : mencatat kesalahan kecil, kesalahan besar, merotan, gantung sekolah, buang sekolah.
- MEMOHON CUTI
- Murid dilarang mengambil cuti sewenang-wenangnya pada hari persekolahan.
- Murid tidak hadir ke sekolah kerana sakit atau urusan lain, ibu bapa harus menulis surat atau menelefon pihak sekolah. Murid dianggap ponteng sekolah jika gagal berbuat demikian. Surat amaran akan dikeluarkan jika ponteng sekolah sebanyak tiga hari.
- Murid yang tidak sempat memohon cuti kerana urusan kecemasan, ibu bapa harus menulis surat kepada sekolah selepas selesai urusan tersebut.
- Murid yang ingin meninggalkan sekolah pada waktu sekolah perlu mendapat kebenaran daripada guru dan mencatat rekod di pejabat.
- KO-KURIKULUM
7.1 Ko-Kurikulum diadakan pada setiap Hari Rabu pada pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang.
- PINDAH DAN BERHENTI SEKOLAH
- Sekiranya murid-murid ingin berpindah ke sekolah lain, ibu bapa perlu datang ke sekolah untuk memberitahu sebab berpindah. Surat perpindahan hanya dikeluarkan selepas mendapat kebenaran daripada guru besar.
- Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau urusan penting, ibu bapa perlu datang ke sekolah atau menulis surat kepada sekolah untuk menyatakan sebab tidak hadir.
- Jika murid-murid melakukan kesalahan yang tersenarai di bawah, murid-murid tersebut akan digantung atau dibuang sekolah:
- Kesalahan berat, seperti merokok, berjudi, ponteng sekolah, dan tidak mendengar nasihat lebih daripada dua kali.
- Kelakuan yang teruk, tidak mendengar nasihat seperti mencuri, bergaduh, merosakkan harta benda sekolah.
- Hal-hal lain seperti bercampur gaul dengan gangster di luar sekolah, bertumbuk dan merosakkan nama sekolah.
- Tidak hadir ke sekolah berturut-turut selama sepuluh hari dan tidak hadir ke sekolah selama tiga minggu dalam setahun.
- PEPERIKSAAN
- Murid-murid mesti menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh sekolah.
- Sekolah akan mengendalikan dua kali penilaian setiap semester, iaitu : penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian diadakan sebanyak empat kali dalam setiap tahun.
- Jika murid-murid tidak hadir atau tidak dapat menyiapkan soalan semasa penilaian dijalankan kerana sakit atau urusan khas, selepas diluluskan oleh pihak sekolah, murid-murid tersebut adalah dibenarkan menduduki penilaian tersebut pada hari yang ditentukan.
- Jika murid-murid didapati meniru dan terbukti bersalah semasa penilaian, maka kosong markah akan diberikan dalam penilaian tersebut.
- LAIN-LAIN
10.1 Segala peraturan yang ditentukan oleh pihak sekolah perlu dipatuhi oleh semua murid. Sekolah berhak mengubah peraturan yang ditetapkan dari masa ke semasa.