Physical Computing Part 2 (Theme : National Day)

Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka ! Merdeka ! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah…... 10 Julai 2019, Kedengaran lagu patriotik dalam #mydigitalmaker Hub SK (C) Anglo Chinese Kota Kinabalu. Hari ini merupakan perjumpaan kali-11 dibawah bimbingan Puan Jasmine dan Cik Faizah dari Chumbaka. Duta Penggerak Digital menghasilkan projek digital yang bertemakan Hari Kemerdekaan.

GALERI

Lawatan Pemantauan Status Sekolah-sekolah #Mydigitalmaker Champion School

5 Julai 2019, Pemantauan status sekolah-sekolah #mydigitalmaker champion school dijalankan di SK(C) Anglo Chinese, KK oleh Encik Gajendran Karunanithi, Pegawai Senior Executive, Partner Development & Outreach MDEC. Turut hadir bersama Tuan Azmie Abdul Hamid dari JPN Sabah, Puan Lorrendah dari PPDKK, dan Puan Jasmine Tea dari Chumbaka.

Leadership Values@Leaderonomics Train The Trainer Workshop

13 Jun 2019, sekali lagi bertemu kembali guru-guru daerah Kota Kinabalu di #mydigitalmaker Hub SKC Anglo Chinese KK untuk menjalankan Leadership Values@Leaderonomics Train The Trainer Workshop. Bengkel hari ini disampaikan oleh Dr Victor Wong dari Leaderonomics dan dibantu oleh Pasukan Chumbaka iaitu Puan Jasmine dan rakannya. Dalam bengkel ini, guru-guru belajar cara-cara membentuk sifat kepimpinan dalam kalangan murid-murid. Terima kasih Dr Victor Wong atas ilmu dan kemahiran yang disampaikan dan pastinya bengkel hari ini begitu seronok dan bermakna bagi guru-guru.

Galeri

Gotong-royong #mydigitalmaker Hub

24 Mei 2019 - Aktiviti Gotong-royong. Masa berlalu begitu pantas, sepantas awan yang berarak dan sepantas angin yang bertiup. Tidak terasa masa berlalu dengan begitu pantas dan telah sampai ke hari terakhir persekolahan untuk semester 1. Hari ini, Duta-duta menjalankan Gotong-royong di #mydigitalmaker hub. Mereka menyapu, mengemas, mengelap dan membersihkan tempat kesayangan mereka dengan baik. Berharap aktiviti Gotong-royong ini dapat melahirkan kecintaan dan penghargaan mereka terhadap tempat ini dan juga barang - barang dalam mydigital maker hub. Akhir sekali, selamat bercuti!!!!!

GALERI

JOHAN Pertandingan Cikgu Juara Digital Peringkat Kebangsaan 2019!!!!!!

Sekali lagi Nama SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu Sabah berkibar di arena kebangsaan dalam bidang pendidikan. Cikgu Lawrence Ling muncul sebagai JOHAN dalam Pertandingan Cikgu Juara Digital Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Guru 2019. Tahniah diucapakan kepada Cikgu Lawrence Ling atas pencapaian beliau dalam bidang digital pendidikan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada beliau dengan mengundinya dan segala bantuan secara langsung atau tidak langsung.

VIDEO

GALERI

Tech Art Teacher’s Day Challenge

Pada 15 Mei 2019 merupakan perjumpaan kali ke-7 Duta Penggerak Digital #mydigitalmaker dari SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu dengan Puan Jasmine dari Chumbaka. Duta-duta berjaya mengharungi cabaran menghasilkan sesuatu Digital kesenian sempena Hari Guru. Terima kasih Puan Jasmine atas bimbingan kelas digital hari ini yang bertemakan Hari Guru. Akhir sekali, Selamat Hari Guru buat sesiapa yang bergelar guru di dunia pendidikan.

GALERI

Lawatan Dr Sumitra Nair (Naib Presiden MDEC) & Puan Sofia Akmal ( Pengurus Kanan MDEC)

Pada 13 Mei 2019, Dr Sumitra Nair (Naib Presiden MDEC) & Puan Sofia Akmal (Pengurus Kanan MDEC) telah menjejak kaki di SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu, Sabah. Pengerusi PIBG, Guru besar, guru-guru dan Duta Penggerak Digital menjemput kedatangan mereka. Lawatan bergerak ke AC Mushroom dan seterusnya ke #mydigitalmaker Hub.

GALERI

Program Junior Innovate – Creative Learning (Day 2)

3 Mei 2019, hari ini merupakan hari kedua program Junior Innovate - Creative Learning di SKC Anglo Chinese. Pada hari ini, guru-guru mendemontrasikan projek yang dicipta oleh mereka bagi menyelesaikan masalah pembelajaran murid-murid. Guru-guru berjaya mencipta bahan bantu mengajar yang berteraskan Permainan untuk menarik minat murid-murid mempelajari subjek yang kurang diminati oleh mereka. Suasana dalam #mydigitalmaker hub seperti "Mini Fun Fair".

gALERI