Hari Jual Buku dan Digital Maker Fair

Pada 21 Nov 2019, SK(C) Anglo Chinese KK telah menjalankan Hari Jual Buku (Hari Ibu Bapa) dan Digital Maker Fair. Pada hari ini, Semua ibu bapa dan murid akan berjumpa dengan guru kelas masing-masing untuk mendapat slip keputusan dan mendapat maklumas balas daripada guru kelas tentang pekembangan anak-anak mereka di sekolah. Di samping itu, pihak sekolah juga mengambil kesempatan mengadakan Digital Maker Fair dengan pelbagai aktiviti seperti pembentangan PBL Mushroom, Bengkel Rero Micro, Pameran projek pertandingan Junior Innovate, Bengkel Arduino, Pameran 3D printer, Bengkel Microbit dan sebagainya. Tujuan Digital Maker Fair ini adalah memberikan gambaran kepada para ibu bapa dan murid tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di #mydigitalmaker Hub.

Galeri

Pertandingan Junior Innovate Zon KK Peringkat Negeri 2019

“Usaha tangga kejayaan” begitulah bunyi peribahasa yang membawa seribu makna bagi 8 orang Duta Penggerak Digital dalam perjalanan sebagai peserta dalam Pertandingan Junior Innovate Zon KK Peringkat Daerah 2019. Pada 28 Sept 2019, Pertandingan Junior Innovate Zon KK Peringkat Daerah 2019 buat julung kali diadakan di Daeah Kota Kinabalu yang melibatkan 15 buah sekolah rendah di Daeah Kota Kinabalu. Untuk makluman, Pertandingan Junior Innovate Zon KK dianjurkan oleh Chumbaka dengan kerjasama dengan SK(C) Anglo Chinese KK dibawah tajaan Hap Seng Group. Pertandingan ini mendapat penyertaan 40 pasukan yang telah berkampung di Dewan Utama SK(C) Anglo Chinese KK bagi merebut 3 emas, 4 perak dan 4 gangsa yang ditawarkan dalam pertandingan ini. Di bawah bimbingan Cikgu Lawrence Ling dan AJK #mydigitalmaker Hub SK (C) Anglo Chinese, sekolah telah menghantar 4 pasukan dan mencapai kejayaan 2 emas dan 2 perak. Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah berjaya menghasilkan projek ke Pertandingan Junior Innovate Zon KK Peringkat Daerah 2019. Kita jumpa lagi tahun 2020!!!!!

GALERI

Pertandingan Junior Innovate Zon Kota Kinabalu 2019

Pertandingan Junior Innovate Zon Kota Kinabalu 2019. Pihak sekolah mengalu-alu kedatangan ibu bapa dan murid-murid sekolah ke Pertandingan Junior Innovate Zon KK 2019. Untuk makluman, terdapat 4 pasukan dari SKC Anglo Chinese yang menyertai pertandingan ini.

Tarikh : 28 Sept 2019
Tempat : Dewan Utama SKC Anglo Chinese
Masa : 8am to 3pm

GALERI

#MYDIGITAl MAKER FAIR’19

14 Sept 2019, rombongan #mydigitalmaker@champion school SK(C) Anglo Chinese yang diketuai oleh Guru Besar Puan Ong bersama Cikgu Kenneth Liew dan Cikgu Lawrence Ling serta 8 orang Duta Penggerak Digital telah berada di aktiviti kemuncak lawatan kali ini iaitu #MYDIGITAl MAKER FAIR’19 yang bertapak di Malaysia International Trade & Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti dan pameran seperti bengkel dan class tentang programming / robotics, e-sport, e-ladang, Digital Ninja, Microbit Workhop, Digital Art Design, drone flying, FIFA 19 Tournament, Astonaut, Penggunaan Teknologi dalam Pekerjaan masa depan. Junior Innovate Competition dan lain-lain. selain daripada melawat ke pameran dan bengkel ini, 8 orang Duta Penggerak Digital pun menjalankan peranan sebagai Duta dengan mengajar orang awam tentang Microbit. Lawatan ke #MYDIGITAl MAKER FAIR’19  kali ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran Encik Azmi dari JPN Sabah, Puan Shirney Lim dari PPD Kota Kinabalu bersama-sama rombongan champion school dari Sabah. 

Galeri

Pertandingan Robotics and Coding Challenge 2019 (Rero:micro) Peringkat Negeri Sabah

27 Julai 2019, seramai 11 orang Duta Penggerak Digital (5 pasukan) dari SKC Anglo Chinese telah menyertai Pertandingan Robotics and Coding Challenge 2019 (Rero:micro) Peringkat Negeri Sabah di Smartspace Kota Kinabalu. SKC Anglo Chinese berjaya meraih 1 Perak dan 1 Gangsa. Keputusan : 1. Pasukan A8 : Alvin ho/Marcus Shang - Pingat Perak 2. Pasukan A11 : Yap Zhi Yan/Liu Bao Feng - Pingat Gangsa

Galeri

Lawatan dari Penasihat ICT Kementerian Pendidikan Malaysia

26 Julai 2019, kerasaan gegaran berlaku di SK (C) Anglo Chinese, Kota Kinabalu, Sabah apabila ketibaan rombongan tetamu besar Encik Faiz Hussin (Penasihat ICT Kepada Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia), Dr Sumitra Nair (Naib Presiden of MDEC), Puan Sofia Akmal Abu Bakar (Pengurus Kanan MDEC), Pn Sri Maimon Arif Patail (CSR Director of Hap Seng Group), Encik Choo Wai Heng Co-founder of Chumbaka, Cik Amidah Abidin (Senior Manager CSR of Hap Seng Group), Pn Jasmine (Chumbaka KK Partner), M. Rahim Bin Mostem (Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Akademik JPNS), Puan Shirney dan Puan Lorrendah (PPDKK), dan Encik Tan Peng Juan (Pengerusi PIBG SKC Anglo Chinese). Lawatan kali ini menjadi lebih bermakna dengan Perkongsian aktiviti-aktiviti #mydigitalmaker Hub SKC Anglo Chinese, Pembentangan Anglo Chinese Mushroom (PBL), Pembentangan Projek Inovasi bertema revolusi industri 4.0, dan Pembentangan Projek yang telah dihasilkan oleh murid-murid. Warga SK (C) Anglo Chinese ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu yang sudi menjejak kaki dan melawat ke sekolah kami.

GALERI

Physical Computing Part 2 (Theme : National Day)

Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka ! Merdeka ! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah…... 10 Julai 2019, Kedengaran lagu patriotik dalam #mydigitalmaker Hub SK (C) Anglo Chinese Kota Kinabalu. Hari ini merupakan perjumpaan kali-11 dibawah bimbingan Puan Jasmine dan Cik Faizah dari Chumbaka. Duta Penggerak Digital menghasilkan projek digital yang bertemakan Hari Kemerdekaan.

GALERI