Pameran STEM Duta Mydigital Maker

24 Ogos 2022, rombongan mydigitalmaker SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu yang terdiri daripada 3 orang guru dan 6 orang Duta Penggerak Digital telah dijemput memeriahkan Karnival STEM di SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Pameran seperti 3D Printer, Maker X projek dan hands on Microbits / Scratch turut dijalankan semasa pameran. Diharapkan semangat dan budaya pendigitalan dalam karnival STEM ini terus berkekalan.

GALERI

Pameran Minggu RBT dan STEM SK Pangkalan TLDM

4 Ogos 2022, seramai 5 orang murid dan 3 orang guru pembimbing SKC Anglo Chinese diberi peluang membuat pameran sempena Minggu RBT dan STEM di SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Antara aktiviti yang dijalankan seperti perkongsian projek MAKE X, 3D Printer dan Microbits secara hands-on. Terima kasih buat warga SK Pangkalan TLDM atas jemputan, kami berpeluang melihat keindahan di sekitar Pangkalan TLDM.

GALERI