21 Mac – Barisan pentadbiran SRK Lok Yuk Likas telah membuat lawatan penanda arasan ke SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu pada pagi tadi. Seramai 9 orang pentadbir menyertai lawatan tersebut termasuk penolong-penolong kanan, Penyelia Petang, Guru Data dan Maklumat, Guru Penyelaras Bestari dan juga Juruteknik sekolah. Rombongan tersebut diketuai oleh Guru Besar Fo.
Lawatan tersebut disambut oleh Guru Besar SKC Anglo Chinese, Puan Mok Sun Fu dan Penolong Kanan Kurikulum, Puan Thien Nah Mee dengan tangan terbuka. Guru Penyelaras Bestari Anglo Chinese, Cikgu Lawrence memberi penerangan tentang fungsi dan program Digital Maker Hub.
Selain itu, Guru Data dan Maklumat SKC Anglo Chinese, Cikgu Kenneth turut memberi perkongsian tentang Pangkalan Data Sehenti (dashboard sekolah) kepada pentadbiran SRK Lok Yuk Likas.
Selepas sesi perkongsian, rombongan juga mengambil kesempatan untuk melawat ke bilik khas dan sudut-sudut yang terdapat di SKC Anglo Chinese.
Antaranya pusat sumber, prasekolah, makmal komputer, dewan, kelas digital, sudut Dizigui, bilik tanam kulat dan lain-lain lagi.