Hari pendaftaran murid prasekolah dan Taklimat ibu bapa prasekolah bagi sesi persekolahan Tahun 2020 telah diadakan pada hari ini. Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran ibu bapa murid prasekolah. Pihak pentadbir dan guru prasekolah telah menyampaikan maklumat-maklumat penting kepada para ibu bapa. Diharapkan semua ibu bapa murid prasekolah dapat memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah dan guru prasekolah demi kecemerlangan anak.