Majlis Apresiasi dan Karnival CIP PPDKK

13 April 2019 – SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu telah membuat pameran sempena Majlis Apresiasi dan Karnival CIP Peringkat PPDKK di Oceanus Waterfront Mall Kota Kinabalu.

Antara pameran yang dipamerkan adalah seperti Anglo Chinese Mushroom Project Based Learning atau dikenali sebagai ACMPBL, Raspberry Pi, MakerBot dan MicroBit.

Selain daripada itu, mydigitalmaker Anglo Chinese juga turut menyumbang dalam pameran tersebut. Duta Penggerak Digital mempamerkan 3D Printer dan Fotografi juga berkhidmat sepanjang Pameran Karnival CIP.

Selain daripada membuat pameran, Ango Chinese juga mengambil kesempatan untuk menjual hasil tanaman sayur ubi rambat (100% organik) dan kulat tiram. Hasil tanaman mendapat sambutan yang baik terutamanya kulat tiram yang ditanam dengan teknologi iOT (Internet of Things).

Justeru, SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu telah mendapat sebanyak 9 penghargaan dan anugerah daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu ( PPDKK ). Antara penghargaan dan anugerah seperti :

a) Sijil Penghargaan Peningkatan GPMP UPSR 3 Tahun BM Pemahaman

b) Sijil Penghargaan Peningkatan GPMP UPSR 3 Tahun BI Penulisan

c) Penghargaan Khas TIC – Cikgu Kenneth Liew Yit Chun

d) Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat & Komunikasi ( TMK ) Sekolah Rendah – Guru Besar Ong Kooi Huong

e) Anugerah Pengurusan Maklumat Sekolah Rendah – Cikgu Kenneth Liew Yit Chun

f) Anugerah Pengurusan Teknikal Sekolah Rendah – En. Christopher Taikun

g) Anugerah Emas Karisma Pemimpin – Guru Besar Ong Kooi Huong

h) Anugerah Emas PAK 21 Sekolah Rendah

i) Anugerah Inovasi Pendidikan Sekolah Rendah

Tahniah dan syabas kepada semua warga Anglo Chinese Kota Kinabalu atas kecemerlangan dan pengiktirafan daripada Pejabat Pendidikan Kota Kinabalu (PPDKK).

Sekalung penghargaan kepada #dutapenggerak iaitu #anglophotographer atas perkhidmatan sebagai jurufoto sepanjang Karnival CIP PPDKK. 

#anglo_chinese #anglokokum19 #mydigitalmaker #mdec #anglophotographer 

GALERI