Lawatan Penanda Aras SK Bantayan Inanam

12 April 2019 – SK Bantayan telah membuat lawatan penandaarasan ke SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu pada pagi ini. Seramai 9 orang guru pentadbir SK Bantayan diketuai oleh Guru Besar Puan Junaidah Yassin. Puan Ong Kooi Huong, Guru Besar mengambil kesempatan untuk membawa rombongan SK Bantayan Inanam melawat ke sudut-sudut sekolah. Antara sudut yang dilawat seperti, sudut kebudayaan, sudut penyayang, pusat sumber, bilik kulat, makmal raspberry pi dan juga mydiditalmaker hub. Selain itu, Perkongsian Power BI juga dijalankan di mydigitalmaker hub oleh Guru Data, Encik Kenneth Liew.

GALERI