International Summit Of Innovation & Design Exposition 2019 – GOLD

International Summit Of Innovation & Design Exposition 2019
"GOLD AWARD"

Anglo Chinese Mushroom Project Based Learning (ACMPBL) sekali lagi berjaya mendapat Anugerah Emas di peringkat antarabangsa.

Projek Penanaman Cendawan dengan menggunakan teknik iOT sekali lagi berjaya melangkah ke peringkat antarabangsa pada bulan April yang lalu. Murid-murid tahun 5 dan 6 telah mengambil bahagian dalam pertandingan International Summit Of Innovation & Design Exposition 2019 (INSIDE 2019) anjuran Universiti Malaya dan berjaya mendapat anugerah emas dalam pertandingan tersebut.

Projek tersebut telah pun dijalankan pada tahun lepas oleh murid Tahun 6. Pada tahun ini pula, murid-murid tahun 5 dan 6 sambung projek tersebut dengan mengikut panduan dan modul yang dibina oleh bekas murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Penasihat PIBG Datuk Yap Yun Fook, Penasihat Teknik AC Mushroom, Puan Jamilah Lee Nyuk Choon dan Penasihat iOT (internet of things) iaitu Persatuan Pengaturcara dan Pembina ICT Sabah atau dikenali sebagai “Kinabalu Coders” yang banyak memberi bantuan dan bimbingan dalam bidang iOT.

#KC #kinabalucoders #anglo_chinese #iot

galeri

Let's share it out
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply