JOHAN Pertandingan Cikgu Juara Digital Peringkat Kebangsaan 2019!!!!!!

Sekali lagi Nama SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu Sabah berkibar di arena kebangsaan dalam bidang pendidikan. Cikgu Lawrence Ling muncul sebagai JOHAN dalam Pertandingan Cikgu Juara Digital Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Guru 2019. Tahniah diucapakan kepada Cikgu Lawrence Ling atas pencapaian beliau dalam bidang digital pendidikan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada beliau dengan mengundinya dan segala bantuan secara langsung atau tidak langsung.

VIDEO

GALERI

Tech Art Teacher’s Day Challenge

Pada 15 Mei 2019 merupakan perjumpaan kali ke-7 Duta Penggerak Digital #mydigitalmaker dari SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu dengan Puan Jasmine dari Chumbaka. Duta-duta berjaya mengharungi cabaran menghasilkan sesuatu Digital kesenian sempena Hari Guru. Terima kasih Puan Jasmine atas bimbingan kelas digital hari ini yang bertemakan Hari Guru. Akhir sekali, Selamat Hari Guru buat sesiapa yang bergelar guru di dunia pendidikan.

GALERI

Lawatan Dr Sumitra Nair (Naib Presiden MDEC) & Puan Sofia Akmal ( Pengurus Kanan MDEC)

Pada 13 Mei 2019, Dr Sumitra Nair (Naib Presiden MDEC) & Puan Sofia Akmal (Pengurus Kanan MDEC) telah menjejak kaki di SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu, Sabah. Pengerusi PIBG, Guru besar, guru-guru dan Duta Penggerak Digital menjemput kedatangan mereka. Lawatan bergerak ke AC Mushroom dan seterusnya ke #mydigitalmaker Hub.

GALERI

Program Junior Innovate – Creative Learning (Day 2)

3 Mei 2019, hari ini merupakan hari kedua program Junior Innovate - Creative Learning di SKC Anglo Chinese. Pada hari ini, guru-guru mendemontrasikan projek yang dicipta oleh mereka bagi menyelesaikan masalah pembelajaran murid-murid. Guru-guru berjaya mencipta bahan bantu mengajar yang berteraskan Permainan untuk menarik minat murid-murid mempelajari subjek yang kurang diminati oleh mereka. Suasana dalam #mydigitalmaker hub seperti "Mini Fun Fair".

gALERI

#cikgujuaradigital

Cikgu Lawrence, SK(C) Anglo Chinese, Sabah.
One of the nominees by #mydigitalmaker team for #CikguJuaraDigital campaign - CIKGU LAWRENCE from SK(C) ANGLO CHINESE, SABAH.

请投Lawrence老师一票,他将代表沙巴州参赛(Pertandingan Cikgu Juara Digital Peringkat Kebangsaan 2019 Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 ), Lawrence 老师也是华小唯一的代表。

Please Vote for Teacher Lawrence Ling Kie Hung

请大家一起帮忙投票,谢谢大家!

投票日期Date of Vote:24 April 2019 – 15 Mei 2019

HOW TO VOTE, LIKE FACEBOOK PAGE & SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL

TEMUBUAL Duta Penggerak Digital SKC Anglo Chinese

2 Mei 2019, Duta Penggerak Digital SKC Anglo Chinese ditemu bual oleh guru-guru daerah Kota Kinabalu dalam Program Junior Innovate - Creative Learning (Day 1). Mereka berkongsi dengan guru-guru tentang masalah yang dihadapi oleh mereka dalam pelajaran. Berdasarkan masalah tersebut, guru-guru akan mencari jalan penyelesaian dengan mencipta sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Galeri

Porgram Junior Innovate – Creative Learning (Day 1)

Pada 2 Mei 2019, kemeriahan di #mydigitalmaker hub SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu dikunjungi oleh guru-guru dari sekolah daerah Kota Kinabalu untuk Program Junior Innovate - Creative Learning (Hari Pertama). Ini merupakan perjumpaan kali kedua Program Junior Innovate yang dianjurkan oleh SKC Anglo Chinese dengan kerjasama Hap Seng Group dan Chumbaka.

Galeri

Lawatan Penanda Aras SK Bantayan Inanam

12 April 2019 – SK Bantayan telah membuat lawatan penandaarasan ke SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu pada pagi ini. Seramai 9 orang guru pentadbir SK Bantayan diketuai oleh Guru Besar Puan Junaidah Yassin. Puan Ong Kooi Huong, Guru Besar mengambil kesempatan untuk membawa rombongan SK Bantayan Inanam melawat ke sudut-sudut sekolah. Antara sudut yang dilawat seperti, sudut kebudayaan, sudut penyayang, pusat sumber, bilik kulat, makmal raspberry pi dan juga mydiditalmaker hub. Selain itu, Perkongsian Power BI juga dijalankan di mydigitalmaker hub oleh Guru Data, Encik Kenneth Liew.

GALERI

Lawatan IPGK Kent

Lawatan ipgk kent | 15 mac 2019 | #mydigitalmaker

Lawatan Penada Aras Projek Inovasi Institut Perguruan Kampus Kent (IPGK Kent)
15 Mac 2019 – Seramai 20 orang guru pelatih dan seorang pensyarah pembimbing (En. Benny Kong) telah melawat ke My Digiral Maker Hub SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu pada 15 Mac yang lalu. Objektif lawatan tersebut adalah untuk membantu guru-guru pelatih menjana idea kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan berpotensi untuk dikomersialkan.