Pertandigan Menyanyi Peringkat Sekolah

12 Nov – SKC Anglo Chinese telah mengadakan Pertandingan Menyanyi peringkat sekolah di dewan utama sekolah. Tujuan pertandingan ini dalah untuk mencungkil bakat murid dalam menyanyi. Pertandingan ini hanya terbuka kepada murid-murid yang tidak pernah menyertai mana-mana jenis pertandingan menyanyi di luar sekolah. Lagu yang dipertandingkan dalam 3 jenis bahasa iaitu Bahasa Cina, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.

GALERI

Jamuan Tahunan Sekolah

15 Nov – Jamuan Tahunan SKC Anglo Chinese telah diadakan di Kampung Nelayan, Bukit Padang. Tujuan jamuan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada para guru yang telah bertungkus-lumus mendidik dan memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid selama setahun ini. PIBG SKC Anglo Chinese juga telah memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru-guru yang telah berjaya membawa murid dan mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. 

GALERI

Jamuan Apresiasi Tahun 6

11 Nov – Jamuan Apresiasi Tahun 6 telah dijalankan di Dewan Mini SKC Anglo Chinese. Jamuan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada para guru yang telah bertungkus-lumus mendidik dan memberikan tunjuk ajar kepada murid selama 6 tahun ini. Jamuan ini telah dirancang dan dijalankan sepenuhnya oleh murid Tahun 6 seperti pengacara majlis, persembahan tarian. lakonan, persediaan makanan dan sebagainya. 

GALERI