Taklimat Ibu Bapa Tahun 1 Sesi 2020

06 Nov - Taklimat dan Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 1 sesi persekolahan 2020 telah dijalankan Dewan Utama SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu. Guru Besar, Pn Ong Kooi Huong telah memberi taklimat ringkas tentang pentadbiran sekolah kepada ibu bapa pada pagi itu. Pengerusi PIBG En. Tan Peng Juan juga turut memberi taklimat dan ucapan alu-aluan kepada para ibu bapa. Selain itu, beliau juga menjelaskan fungsi PIBG di sekolah kepada ibu bapa.

Selain itu, Penolong Kanan Kurikulum Pn Thien Nah Mee juga memberi taklimat dan penjelasasn tentang pentaksiran bilik darjah yang telahpun dijalankan sekolah. Disiplin murid, peraturan sekolah, waktu persekolahan juga turut dijelaskan dan ditaklimatkan kepada ibu bapa oleh Penolong Kanan HEM Cik Chan Vun Fong.

Diikuti dengan taklimat kokurikulum oleh Penolong Kanan Kokurikulum Cik Wong Lee Chin. Beliau menekankan kepentingan kokurikulum kepada anak-anak murid dan juga menjelaskan sistem pengumpulan mata yang digunapakai di sekolah Anglo Chinese. Pn Liaw Lip Choo, Guru Pemulihan juga menjelaskan fungsi dan tugas sebagai seorang guru pemulihan. Beliau meminta ibu bapa memberi kerjasam yang sepenuhnya dalam usaha menyifarkan linus di sekolah Anglo Chinese pada tahun 2020.

Taklimat diteruskan oleh Cikgu Kenneth Liew, Guru Data dan Maklumat Anglo Chinese. Cikgu Kenneth menjelaskan kepada ibu bapa cara-cara ibu bapa mendapatkan maklumat seperti pengumuman, aktiviti-aktiviti sekolah, perkembangan sekolah secara cepat dan tepat melalui beberapa laman sosial rasmi sekolah. Selain itu, Cikgu Kenneth juga memperkenalkan #mydigitalmaker Champion School, Raspberry Pi Lab dan juga Google Classroom kepada ibu bapa.

GALERI