Lawatan Sambil belajar Prasekolah SKC Anglo Chinese

     Rombongan lawatan sambil belajar murid prasekolah ke Tao Art Studio, Luyang, Kota Kinabalu telah diketuai oleh Cikgu Lee Mui Foong selaku guru prasekolah, disertai oleh Puan Juriah Marutin selaku Pembantu Pengurusan Murid prasekolah bersama-sama dengan 8 orang ibu bapa dan 25 orang murid prasekolah. Murid-murid prasekolah telah menjalankan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna di Tao Art Studio. Mereka telah memperoleh pengetahuan tentang proses dan bahan yang digunakan untuk pembuatan dan penghasilan tembikar.
     Penglibatan murid-murid secara hands on dan minds on telah berjaya merangsang minat belajar murid-murid. Semua murid telah berjaya menghasilkan tembikar masing-masing dengan adanya bimbingan dan tunjuk ajar dari pihak Tao Art Studio. Selain itu, penglibatan dan penyertaan ibu bapa dalam aktiviti ini turut mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan jalinan hubungan antara komuniti setempat, pihak pengurusan sekolah, guru dan ibu bapa murid.

GALERI

Showcasing ACMPBL Latihan ELIT Program TS25

09 Oktober : Murid SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu telah dijemput untuk membuat “Showcasing” bagi Latihan Penyebaran Modul 6 Kohort 3 Rakan Educational Leadership And Instructional Team (ELIT) di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). 3 orang murid PBL Tahun 6 telah membuat “showcasing” dan perkongsian dalam latihan tersebut dengan projek “Anglo Chinese Mushroom Project Based Learning (ACMPBL)”.

GALERI